Siti Fazurina Terpaksa Nikah Kali Kedua

Tuesday 26 March 2013



Pelakon Siti Fazurina terpaksa bernikah kali kedua selepas mahkamah mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak kerana memberikan maklumat palsu.

Akad nikah kali kedua pasangan ini telah diadakan pada 20 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang dengan berwalikan adik kandung Fazurina, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.  

Memetik laporan mStar Online, perkara ini disahkan sendiri oleh ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu Bakar, 61;

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.” 

Fazurina dan Hykal melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya lain.

"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu.

"Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran," ujar Zubaidah yang belum terfikir untuk memaafkan perbuatan Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.







9 comments

  1. nie lah padahnya cinta itu buta..huhu

    ReplyDelete
  2. kesal dgn sikap sesetengah orang yang memandang remeh isu berkaitan soal agama ni..punya lah gatai nak kawen, sampai sanggup ketepikan soal agama, sampai tak tahu mana yg haram mana yang baik...huhuuh

    ReplyDelete
  3. Ingat bahagia ke kahwin tanpa restu parents? Tsk tsk tsk..

    ReplyDelete
  4. kenapa keluarga dia tak restu?

    ReplyDelete
  5. adehh.... nikah kahwin bukan perkara main2...kenapalah amik pelecaih sangat perkara ni...sepatutnya kena details dari mula...

    ReplyDelete
  6. astaghfirullah....
    nikah kahwin bukan blh dibuat main.kena betul2 sah.
    hmm...

    ReplyDelete
  7. perkahwinan itu hendaklah di war-war kan...haaa...kan payah klu tetibe tahu sbnr ye tak sah...adehhh :)

    ReplyDelete
  8. Tak tahu nak cakap apa..ermm..

    ReplyDelete