Video Luahan Hati Bapa Mertua Ashraff Muslim

Thursday 18 July 2013

Assalamualaikum buat teman setia disini.

sekarang ni heboh pasal kes ashraff muslim tu kan? rasa macam tak percaya pun ada. 

kenapa la sanggup buat macam tu. kalau betul dia bernikah di thailand, tak ke menjatuhkan diri dia sendiri??


terperasan video ni. luahan hati dari bapa mertuanya..

dan kat fb pula orang share pasal nukilan hati dayana. sejauhmana kebenarannya, saya tak tahu nak kata. sebab saya tak dapat punca awal post tu.



copy paste!!

sedihnya baca nukilan Dayana.
...
"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan... 



apa pun yang boleh saya kata, jika benar2 ia ni terjadi..saya kasihankan pada wife dia dayana. sebab dia perempuan seperti saya juga.. hati perempuan, jika sekalipun mulut berkata boleh terima, tak semudah tu hati boleh menerima!.

baru berkahwin, dah terima pelbagai dugaan. moga dayana kuat untuk hadapi semua ni.


8 comments

  1. kite baca paper pg td pun dah rasa sedih

    :(

    bila dgr ayah dayana punya statement lg sedih

    ReplyDelete
  2. Biarpun agama membenarkan poligami, xda perempuan yang sanggup diduakan... Lebih2 lg kalau kawin sorok2. Minta2 la suami kita x macam tu.

    ReplyDelete
  3. tak sangka jadi camni. kesian isteri dia T_T

    ReplyDelete
  4. erm.. kenapa mesti akhirnya begini...

    ReplyDelete
  5. Kesiannya dengan Dayana.. Lepas kecoh jark sal nie terus saya anti dengan Asyraf Muslim. Kalau ada page or fanclub anti AM memang saya join..

    ReplyDelete
  6. Siannya isteri dia. Sampai hati Ashraf Muslim buat cenggitu. Tahu la lelaki boleh kawen lebih dari satu, tapi mana ada isteri sanggup bermadu. T_T

    ReplyDelete
  7. Nape lah jadi cam nie Ashraff oii ... Hebat sangat ker ? Sabo yer Dayana ... Org yg kena uji nih, Allah sayang ...

    ReplyDelete
  8. hanya pompuan yang faham isi hati pompuan.....

    ReplyDelete