PJJ Itu Menyakitkan?

Tuesday 10 December 2013

Assalamualaikum, selamat petang..

sekadar nak share je.. share je tau.. bukan nak menunjuk hebat. saya tahu, ada orang lain yang lagi hebat dari saya. apa yang saya cerita ni pun sekadar pengkongsian dari kehidupan saya je. apa yang saya tulis ni pun sebagai sebuah coretan tuk tatapan saya dihari akan datang je. nama pun diari online kan.

PJJ - boleh juga jadi Pengajian Jarak Jauh.
PJJ - boleh juga dikatakan Percintaan Jarak Jauh
PJJ - boleh juga disebut sebagai Perjalanan Jarak Jauh
PJJ - yang saya akan katakan sebagai Perkahwinan Jarak Jauh

ehh, macam nak bagi motivasi pula.. hahaha :P
bukan nak bagi motivasi. tapi tu la yang orang lain pun dok sebut sebut kan? kalau orang tanya, percintaan jarak jauh ni susah tak? menyakitkan tak? menyeronokkan tak? semua ada..

saya rasa setakat ni dah alami dah sebahagiaannya. sebelum kawin, sememangnya kedudukan kami jauh. sorang utara, sorang selatan. alhamdulillah, saya dapat harungi semua ni. kadang rasa macam tak caya pun ada. yela, bukan senang kan? nak kata menyakitkan sangat tu, takde la pun. sebab kalau kita masih tinggal dengan family, at least kita susah, family masih boleh tolong kan?

cuma ada masa masanya, kita memerlukan pertolongan dia, tapi si dia jauh. tu pun saya dah pernah tempuh. 7tahun lebih saya dengan en.suami. ya, orang yang sama. kadang-kadang rasa macam tak caya je akhirnya kami disatukan. dan sememangnya juga saya nak buktikan, cinta jarak jauh masih boleh bersatu, walaupun mengambil masa yang lama.

bukan la kami nak uji diri kami nak kawin lambat. sampai bertahun kenal kan. tapi sebab Allah tak tulis lagi bila tarikh tuk kami disatukan. dalam kita PJJ ni juga, kesabaran memang sangat sangat tinggi diperlukan. Ya Allah.. saya sendiri pun kadang-kadang rasa tak kuat. tapi kalau dah kita selalu doa minta Allah kuat kan hati kita, semudah tu Allah akan kuatkan hati kita.

dah kawin ni pun saya masih tempuh PJJ. kalau dulu PJJ - Percintaan Jarak Jauh. sekarang ni PJJ - Perkahwinan Jarak Jauh. insyaAllah, bukanlah untuk selamanya.. untuk seketika je. siapa la yang sanggup nak berjauhan selamanya dengan seseorang yang kita panggil suami kan? kita sebagai isteri dah tentu-tentu ada tanggungjawab.

kalau tanya PJJ dah kawin ni sama je ke atau lain. sejujurnya saya rasa, lain sangat-sangat. kiranya saya menjawab pertanyaan dari kawan-kawan saya sendiri la ni ye.. kalau boleh nak dia selalu ada disisi. buat masa ni kami jumpa setiap 2minggu sekali je. apa-apa pun saya rasa bersyukur sangat dapat rasai nikmat PJJ ni. tak semua orang berpeluang rasainya kan.

sejujurnya, 2minggu termasuk masa cuti kawin haritu berkepit bersama, makan sesama, bermanja, bergurau senda, tup-tup bila kena 'berpisah sementara' kerana tugas, rasa macam tekanan sekejap. saya rasa sunyi je. tu yang saya alami tuk beberapa hari. syukur sangat bila saya ingat balik pernah berpisah antara bumi m'sia & lubnan saya mampu, kenapa dia bertugas kat sini saya tak boleh.

tu la nikmatnya PJJ lepas kawin. hari-hari rindu.. hari-hari nak dengar suara.. tapi bila dah sebulan ni saya dah boleh terima. dan anggap la cinta jarak jauh ni takde pun menyakitkan kalau kena betul pada jalannya. kalau kita saling jujur & setia. :)

cinta jarak jauh ni adakala bagus juga. mengajar kita untuk kuat. kuat hati & mental. dan mengajar kita supaya lebih matang.. :)



22 comments

  1. Ya betul tu. Kena saling percaya dan bertolak ansur
    ciksu dulu rasa
    percintaan jarak jauh. Keluaq dating boleh bilang dgn jari je. Sorang di penang, sorang di kuantan. Demi tugas masing masing

    Pertunagan jarak jauh pon dah rasa.

    Perkahwinan jarak jauh pon rasa. Dua kali. Yang first 4 bulan je. Dah dok skali pastu pjj balik slama 1 lebih.sorng kl, sorang JB

    ReplyDelete
  2. sabar ya mimie..dugaan di awal perkahwinan..kita pun nanti bila dah kawin akan rasa juga macam yg mimie rasa..sekarang pun dah mmerasainya PJJ

    ReplyDelete
  3. sabar ye mimie...mungkin Allah dah tliskan yg terbaik utk mimie...aamiin

    ReplyDelete
  4. memang kena kesabaran yang tinggi mimie.. silap sikit memang akan ada rajuk & tangis..

    ReplyDelete
  5. Pergi Jauh Jauh pon leh gak...ekekekeke :)

    ReplyDelete
  6. important....I trust you...you trust me.......hihi

    ReplyDelete
  7. yang penting hati sentiasa dekat :')

    ReplyDelete
  8. Sabar yea. Insyaallah nanti Allah buka jalan dan dapat duduk sama-sama.

    ReplyDelete
  9. yang penting trust is the basic and solid foundation, akak ni tak adalah jauh sangat...tapi ala2 PJJ jugak...ahaksss....

    ReplyDelete
  10. hehe.. nasib saya entah macam mana. :).

    ReplyDelete
  11. Semuanya tergantung kepada kesetiaan dan percaya pada pasangan sendiri, tanpa 2 aspek penting ini banyak PJJ yang punah di tengah jalan.

    ReplyDelete
  12. saya pun bakal pjj dengan bakal suami nanti hmm :(

    ReplyDelete
  13. dugaan kalau pjj..kalau bersabar ada hikmahnya hehe,..
    akak im hereee,,lama tak jalan2 sini..

    ReplyDelete
  14. Semoga mimie tabah dan bersabar..duk jauh ni bila jmpk,lg rindu rinduan..:)

    ReplyDelete
  15. Don't worry sis...terus tabah,cekal dan berdoa kepada Allah :D
    Yakin terhadap hikmahNya ye ! :*

    ReplyDelete
  16. yer..mmg menyakitkan..akak pernah rasa..bil telefon tayah cakap la bape..jepun ke mesia plak tu..haha..

    ReplyDelete
  17. PJJ memang adakalanya buat kita sedih..IbuNoey pun pernah rasa.tapi itulah,kalau kita kuatkan semangat dan kekalkan rasa kepercayaan,semua tu mudah je..moga Mimie sentiasa tabah yer..husband tentera ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ibuNoey.. kadang2 rasa mudah je.. dan indah.. tpi kena pndai handle..
      insyaAllah saya okay.. :)
      ha'ah.. suami tentera.. :)

      Delete
  18. sabar ye mimie..tu dugaan mimie n husband dan korang kena tempuhi..
    insyaALLAH xlama lg duduk skali lettew

    ReplyDelete
  19. akak , mgkn skrg berjauh .. nanti asik dekat jer .. tak caya tggu ehh .. ehh ?? ahaha

    ReplyDelete