Alahan.

Friday 28 February 2014



assalamualaikum. selamat malam..

awak-awak semua.. saya minta maaf tau kalau tak jejak blog korang sangat. semua ni bersebab. bukan saja-saja. paham-paham je la bila berada dalam trimester pertama ni. alahan kan tak leh nak elak. ada masa okay, ada masa tak. 

alhamdulillah. alahan yang saya kena setakat ni belum lagi sampai tahap muntah muntah teruk. masih terkontrol. cuma saya dapat pening yang kuat. perlukan rehat je. tapi kerja kat pejabat masih lagi terbuat. cuma ada masa-masanya la.

sampai 1 tahap juga saya tak boleh tengok blog. haha.. yang ni saya baca kat mana-mana juga ada yang alami. normal la kan. sebab tu la haritu blog saya terabai. blog orang saya tak dapat jengah. macam mana nak jengah. kalau blog sendiri pun tak mampu tengok, apatah lagi blog orang kan. pengsan.

macam sekarang ni ok sikit. tapi ada masa-masa bila pening saya datang kuat, badan lembik, memang tak terbuka la blog. tak kisah dah orang nak kata apa. siapa yang alami je yang tahu. baru saya tahu macam mana alahan time pregnant ni..

kalau bab lain, saya tak boleh dengar kalau mak saya masak 'ayam goreng rempah'.. haha.. over tau baby ni. dia tak suka ayam tu kut. saya kalau dengar mak cakap, kembang tekak. time tu juga nak muntah. sambil taip ni pun rasa nak muntah. haha.. haritu suami balik. mak pagi-pagi masak tu. sambil nak sarapan tu duk tahan je tekak tau. tak lalu.

pastu kalau dulu liat nak minum air kosong, sekarang ni air tu la yang sedap pun. nak-nak sejuk. oohh, selamat. sekurang2nya boleh elakkan kan diri dari kena sembelit kan kalau kurang minum air.

macam snek-snek pun saya tak suka. yang ni bagus sangat-sangat. sekurang-kurangnya saya takde la nak beli benda merapu tu kan. suami pun cakap bagus la elak makan benda-benda camtu..

then lagi 1, saya kembang tekak kalau tengok sosej, kentang, nugget. tapi kentang tu leh makan lagi. nak-nak dimasinkan sikit. kalau sosej, memang tak boleh dah. tak lalu.. sambil menaip ni pun dah sangkut kat tekak je.. kalau main game POU, kan kita kena bagi makan kan, saya tengok sosej kat situ pun dah kembang2 tekak. haha.. over betul.

then saya tak boleh kalau kita makan kentang, pastu sos dia ada 3 dicampur sekali. contohnya sos cili, mayonis ngan lada hitam. automatik rasa nak muntah habis. ni kes fobia masa saya makan masa bulan 1 haritu.. semua terbayang-bayang je kat kepala ni rasa nak keluar balik.. 

tu la antara kisah alahan saya. lain orang, lain kesnya kan. cuma bab saya tak boleh nak berblog sangat tu korang jangan mara tau.. bila saya larat, saya akan jengah juga.. :)

baby yang mak saya jaga.. =)

19 comments

  1. as salam mimie...
    kesian pulak kan! apapun jga diri.. kza mmg xpenah alamai coz xprggy lagi hehe.. tpi bila tgok pengalaman adk kza mmg teruk sgt dia kena.. muntah tu xyah ckpla.. kat umh asyik terbaring je..nasi pon xlalu nak mam hehe.. alhamdulillah lpas 3bln tu dh okey :)

    ReplyDelete
  2. Tak marah punya. Sebab akak faham mcm mana rasa 3 bln pertama mengandung. Serba-serbi tak kena. Take care tau Mimie... Bykkan rehat lagi2 1st baby :)

    ReplyDelete
  3. Trimester pertama yg mencabar ni kan mimi. Smoga mimi baik2 aja.

    Amboi bg makan pou pun jd cmtu kan. Hihi. Sbut pasal pou. Pou dlm hp dah xde. Hilang lpas ika bukak memori card sbb phone hang huwaaa sedehh

    ReplyDelete
  4. Salam.. hebat la awak... air kosong peberet awak..
    kite ni sekarang, gila minum ribena, tak pun jus-jus, tak pun kordial strawberi
    pergh! memang layan la...

    hihi...tapi mabuk-mabuk alhamulillah dah beransur ok
    cuma kadang-kadang je rasa nak muntah

    1st trimester ritu, Allah!
    petang je nak muntah
    lapar
    tapi tak larat nak masak
    hahaha... macam-macam

    ReplyDelete
  5. my kakak baru jer lepas drp alahan . bau masakan mmg x blh . tapi dia sgt suka mkn coklat n buah2 an .

    ReplyDelete
  6. Biasalah..orang mengandung ni..

    ReplyDelete
  7. takpelah kak mimie. syuk rasa kawan2 blogger pun faham :)
    yang penting akak jaga diri tu .

    ReplyDelete
  8. Sabad ea mimie.. Sy alhamdulillah xde alahan.. Suami je yg alah... Hehe

    ReplyDelete
  9. Akak pregnant? Wah..Alhamdulillah. Tumpang seronok. ^___^ Jaga diri dan baby elok-elok ye.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum mimie, jaga kesihatan baik-baik tau. takpe, alahan ni sekejap je... banyakkan fikir positif pada benda yang kita alah. in shaa Allah, mudah hilang alahan tu...

    ReplyDelete
  11. biasala tu kak..mesti penat kan kalau alahan ni..haishh nak kene rehat secukupneyr

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..tahniah mimie..:)

    ReplyDelete
  13. Alahh ... Biasalah mengandung, ada yg alah nyer sampai ke penghujung ... Layan kan aje ...

    ReplyDelete
  14. saya masa peggy anak first, awal2 pregnant tu rs dahaga sangat, bergelen air kosong saya minum.. smp membe ofis tegur, terkejut tgk sy minum air kosong by sgt.. hihi.. tp dia xsyak lg la sy dah peggy.. hihi

    ReplyDelete
  15. xpe.. nanti lepas alahan kuat makan lak.. pipi pun tembam .. cayalah.. heee

    ReplyDelete
  16. jaga diri mimie.. nikmat kan bila dpt rasa semua tu.itulah pengalaman namanya..

    ReplyDelete