Checkup – Lawatan Ke Rumah

Saturday 28 June 2014

Assalamualaikum.. salam sabtu..

Alhamdulillah.. diberi keizinan nak menulis lagi kat sini.. cerita siang tadi.. harini tetiba je nurse call (1.50p.m) bagitahu nak datang rumah. Sangatlah terkejut. Dah kenapa pula nak kena datang umah ni. I is segan sebab umah macam tak serupa rumah je.. hehe.. maklum la, duk ber-2 kan.. barang yang ada pun ala kadar je..

Bersabar je la tunggu nurse datang. Fikir juga ada kes apa eh?? Haha.. pastu nurse datang dia cakap memang ada buat checkup kat umah. Lawatan ke rumah. Ooooohh, gitu.. mana nak tahu.. ingatkan orang lepas bersalin je yang ada camtu.. hihi

Checkup kat umah xde la apa sangat pun. Setakat check kat perut, check tekanan darah. Pastu pot-pet pot-pet la apa yang patut. Tanya itu dan ini. Pastu nurse tanya la soalan itu ini macam biasa. Ada pape yang tak kena ke apa..

Nasib la nurse tu datang harini. Haha.. nasib juga la kitorang ada kat umah. Sebabnya semalamnya kitaorang ada urusan kat Melaka. So kalau la nurse tu nak datang semalam, memang xde la kat umah. If harini kitorang kuar pun, xde la nurse tu dapat buat lawatan kat umah.

Esok kan dah start puasa. Tanya juga kat nurse bahaya ke x kalau kita berpuasa. Maklum la, pernah terbaca kat blog kawan-kawan lain ada yang kata nanti baby gerak slow la, ada yang bby meninggal dalam perut la, macam macam kisah lain la.. risau juga dibuatnya.. maklumlah, ni kan pregnancy first.. so banyak benda yang saya tak tahu.

Pastu nurse terangkanlah.. nurse kata boleh je berpuasa. Cumanya kalau kita kurang makan, jadinya baby pun macam lemah sikit la pergerakkan dia. Yela, macam kita juga. Kalau kurang makan mesti lembik kan? Jadi waktu sahur pastikan makan sahur dengan secukupnya..

insyaAllah.. esok nak cuba berpuasa. Harap-harap la baby okay.. aktif macam selalu. Cumanya saya dah confirm la lembik. Hehe.. jangan sampai ke tahap pening sudahlah.. silap-silap kena buka nanti. Tapi en.suami memahami. Dia siap pesan, if xlarat nanti, buka je… tapi tak bermakna kalau kita x berpuasa tu boleh senang lenang je.. jenuh kau nak mengganti nanti.. nangis!..

Yang penting sahur makan secukupnya ye.. if kita x makan, baby akan kurang oksigen.. bila kurang oksigen, tu yang akan buat dia lemas.. minta dijauhkanlah.. risau.. then kalau rasa tak sihat, jangan paksa diri. Takut memudaratkan ibu dan baby..

Dan nurse juga bagitahu, start esok dah kena kira pergerakan baby.. pergerakan ada 10kali ke x dalam tempoh 12jam tu.. harap-harap la dia gerak selalu.. sebab baby saya ni ada masa aktif  sungguh.. ada masa buat mak dia ni cuak.. sabar je la..

Ok la.. nanti saya share perkara lain pula ye.. J

20 comments

  1. semoga baby sihat2 sentiasa :)

    ReplyDelete
  2. baru tahu..kita xde pun nurse dtg umah..after deliver je dtg checkup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasalnya.. Terkejut bila nurse ckp nk dtng.. Hehe

      Delete
  3. Kt tmpt sy xde jnia nurse dtg rumah... Mmg check up rutin kna pergi kkia..

    Insha Allah... Moga dipermudahkan urusan berpuasa...

    Selamat menunaikan ibadah puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Selalunya camtu la.. Mngkin kt tmpat sy ni lain kut..
      Selamat berpuasa juga.. :)

      Delete
    2. Tu la.. Selalunya camtu la.. Mngkin kt tmpat sy ni lain kut..
      Selamat berpuasa juga.. :)

      Delete
  4. baby jgn nakal2 ye..mama awk nak puase,,hehe,,smoge dipermudahkn sgalanya kak :)

    ReplyDelete
  5. baguslah kan baby aktif..bestnyaaa..:)

    selamat berpuasa kak mimi..

    ReplyDelete
  6. semoga sihat sentiasa dan dapat berpuasa dengan gembira :)

    ReplyDelete
  7. puasa ramadhan byk ganjarannya . insha Allah baby ok .

    ReplyDelete
  8. Oh pregnant rupanya. Semoga sihat selalu, mmg, kakak sy pn time pregnan nurse ada bt checkup rumah ke rumah

    ReplyDelete
  9. la pulak. selalunya dgr nurse dtg masa lps bersalin.best jgak erk dtg sblm besalin.hihi.x yh susah pi klinik.

    in shaa Allah. smga dipermudahkan.yg penting msa berbuka n bersahur mkn secukupnya..

    ReplyDelete
  10. apa2 pun janji semua selamat & sihat2 aja yer Mimie..

    ReplyDelete
  11. semoga mimie dan baby sihat selalu.

    ReplyDelete
  12. semoga mimie leh jalani ibadah puasa dgn mudah n bby ok sje

    ReplyDelete
  13. Eh selalunya lepas deliver baru nurse datang rumah..tp xpe la bagus kan mimie mcmni.. =D

    ReplyDelete