Persiapan Raya..

Friday 25 July 2014

Assalamualaikum..

Lagi 2hari je dah nak raya kan.. Kejap je dah nak habis puasa.. Alhamdulillah.. Dapat berpuasa dalam keadaan berbadan dua ni.. Walaupun mula-mula agak risaukan baby..

Syukur baby memahami. Setakat ni cuma sehari je xdapat berpuasa penuh. Atas sebab tertentu. Bukan saja-saja tau. Dek kerana risaukan baby yang kurang gerak time tu terpaksa 1/2 hari je..

Bercerita pasal raya, macam mana dengan persiapan raya awak semua? Saya? Dah tentu juga takde. Sekadar ala kadar je.. Mood nak beraya tahun ni takde. Urusan lebih tertumpu pada baby yang bakal lahir. Persiapan lebih ke arah tu. Itu pun ada yang tak complete lagi.

Baju raya : En.suami belikan sepasang. Jadilah.. Mak buyong susah nak cari baju. Ikutkan tak beli pun xpelah.. Pakai je baju yang ada. Maklumlah, duk cari jenuh nak jumpa.. Asik tak berkenan sesaja.. Mood sentap sendiri.. Haha

Handbag : Tak beli pun. Pakai je handbag bonia dapat masa hantaran kawin tu. Memang masih elok pun. Takyah membazir.

Kasut raya : Ehh, tak perlu kut. Lagipun bukan larat nak jalan sana sini sangat. Pakai aje kasut yang ada tu. Lagipun bukan orang nak tengok kasut yang kita pakai kan.. Haha

Tudung dan aksesori : Takde mood nak pikir. Haha.. Pakai aje yang ada ye.. Lagipun sume tu bukan basi. Recycle aje.. Kehkehkeh

Kuih/biskut raya : Tahun ni tak buat ye. Oven tarak lagi.. Then dah sarat macam ni tak larat nak membuatnya. Jadi kalau nak ada pun harap yang tunjuk2 aje la ye.. Kahkahkah

Persiapan umah : Tak buat pape pun. Maklumlah, orang baru nk pandai duk berdua kan.. Auuuwww... Haha.. Kemas ala kadar aje dah la.. Takyahlah datang umah kita ni dulu ye.. Lagipun mesti takde yang sanggup nak menapak anak tangga sampai tingkat 4 ni.. Sampai atas minta nyawa okeh! Semput. Saya pun rasa xsanggup..

Lemang/rendang/ketupat : Yang ni kita pulun makan puas puas kek umah mak mertuo yo.. xpun bilo balik segamat.. Kahkahkah.. Baru ada feel raya kan.. Setakat buat rendang memang la senang.. Tapi kalau setakat makan berdua xbest la..

Kad raya : Tahun ni xhantar pun kad raya.. Hukhuk.. Rasanya ada yang bagi kad raya kat saya.. Tapi alamat ipoh.. So tunggu saya balik ipoh bulan 8 ni ataupun suh adik bawak kan time balik johor baru kita tengok ye.. Hehehe
Nak bagi alamat gomeh ni, boleh pula orang lama x buka lock dia kat petisurat tu. Dh la x tinggalkan kuncinya.. Nampak gaya tunggu kitorang kopak kuncinya dulu la..

Mood raya : PENTINGKAN? Tapi macam xde je.. Kahkahkah.. Raya ni xboleh nak sakan sakan sangat.. Takut kang terlupa diri terberanak awal pula.. Dah la nak pulun makan sangat pun tak boleh.. 4 ogos kena minum air gula.. T_____T

Apa lagi eh nak share? Nanti ada laie den kobarkan eh.. :p


10 comments

  1. Selamat hari raya mimie... Maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya sis.. Maaf zahir batin.. :)

      Delete
  2. tak pa kita besederhana sudah la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ciksu.. Bersederhana mana yang boleh.. :)

      Delete
  3. Oklah tu... :) saya pun lebihkan anak2 je... sbb masing2 seronok nak beraya...

    ReplyDelete
  4. singgah dihri raya kelima..
    mimie kat ipoh ke?

    kndungan ciksu bukan kembar tau.single. in shaaa Allah next year mana tau kembar pulak..aamiin. hihihi

    ReplyDelete
  5. Persiapan raya tahun nie lebih ke Emir jer..hehehe. ..

    ReplyDelete