Kisah Anak : Breastfeeding

Monday 10 November 2014

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..


Alhamdulillah.. Harini dah 54hari usia chinta hati kami berdua. Kejap je masa tu berlalu. Dan syukur juga diberi peluang untuk chinta hati kami disusukan dengan susu badan.

Pernah juga cakap dengan mak, tengok orang lain yang susukan anak tu meriah je susunya. Kadang kita ni cukup cukup je. Orang lain tu siap buat stok. Beruntungnya..
Mak kata juga 'banyak ke sikit ke semua tu atas Allah yang bagi'..


Tapi bila mak kata beruntung juga dapat susukan anak sendiri dari orang lain, rasa macam 'haah kan.. Sebenarnya kita masih bertuah dapat susukan anak tu walaupun stok kita ni cukup cukup je.

Masa awal awal zahra lahir memang give up kejap bila dia macam tak puas susu. Sampaikan suami belikan juga la susu fm tu. Tapi zahra xmau. Walaupun dia lapar, dia tetap nak BF.

Alhamdulillah, berkat rasa sabar susu sentiasa ada. Orang kata minum air masak banyak, yup memang saya minum air masak sentiasa. Siap bawa sebotol bekalan di bilik tido. Sekarang ni saya ambik esp. Kiranya usaha la mana yang boleh.

Walaupun susu tak la pekat mana, tapi rezeki susu untuk zahra ada buat masa ni. Harap harap dapat susukan zahra sehingga 2Tahun. Pesan mak & makcik saya, yang penting niat kita. Alhamdulillah.. Saya memang dah berniat nak BF kan bby sejak baby dalam perut lagi..

Amin..

9 comments

  1. tahniah kerana berjaya menyusukan si kecil...

    mama juga dah berjaya susukan sufi 2 tahun setengah... alhamdulillah..

    Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tahniah juga buat akk.. ;)
      Sy masih bru.. Hrap2 la tercapai smpai 2thun tu..

      Delete
  2. Alhmdullilah mimie.. dpt bf anak sndiri ok dah tu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dan tahniah. Sue pun dah berjaya bf 3 org anak. Sokongan suami dan keluarga jg penting. Jg mkn dan minimumkan stress. InsyaAllah berjaya.

    ReplyDelete
  4. tahniah.. yang penting positive.. selamat berjaya~!

    ReplyDelete
  5. kurma juga mimie..
    alhamdulillah.sentiasa positif mimie.
    macam ciksu ambik ephyra, minum petang minum horlick panas..
    air masak sama macam mimie sntisa bawa ke sebelah katil,
    akan minum sebelum dan selepas bf baby..
    semoga urusan kita dipermudahkan Allah aamiin

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...cuba mkn supplement yg boleh buat susu byk...akak pon nak bf jee nnt...masa si Zara dulu susu byk tp dia x reti nak isap....asek bebai jaaa, sumbat botoi susu...yelah, masa tu muda belia lg...hehehe..

    ReplyDelete
  7. Rezeki masing2 sis. In shaa Allah banyak jugak tu nanti.

    ReplyDelete
  8. Btl tu... niat tu penting.. isnyallah allah akn bantu...

    ReplyDelete