Durian Crepe

Saturday 3 January 2015

assalamualaikum.. selamat sejahtera..

ni kisah mengidam lagi.. haha!.. tak habis-habis ngidamnya kan? lepas beranak menjadi-jadi nak makan itu ini. ni bukan main-main ye. betul-betul. cobaan sungguh. al kisahnya masa ngandung teringin. tapi dok tahan nafsu makan tu. risau la nanti time checkup macam-macam yang datang.

maklumlah, orang mengandungkan sensitif sikit. makan benda manis nanti, mula la gula naik dsbg. disebabkan masa mengandung nafsu makan tu ditahan, jadi dah beranak ni pulun. haha.. nasiblah setakat ni zahra okay.



kat ipoh tak jumpa durian crepe ni. ntah kenapa payah sangat. bila dah ikut suami kat gemas ni, terjumpa durian crepe ni masa dia bawa berjalan ke melaka. masa tu berkira-kira sangat nak beli. sebabnya risau time checkup la. pastu risaukan baby.

jadinya haritu sebelum balik umah m.i.l, husband bawa ke mydin ayer keroh. kat sana ada jual. memang tahu ada jual kat situ sebab dah aim lama dah. haha.. aim dari pregnantkan. kebetulan dah ke sana haritu, apa lagi.. balas dendam la..

tapi tak la tamak ye beli banyak-banyak. beli sebekas ni je. ada 4 ketul. Allah, gebunyaaaa durian crepe ni. terasa fresh je isi dalam tu. tak tahu la kebetulan baru buat ke apa. memang nanti nak repeat beli lagi la. sedap kut.

yang ni saya beli Rm10.80. tapi kat situ ada jual cream puff sekali. ambik set A. Rm15.80. cream puff 6 ketul. jimat Rm2.20. nikmat okeh dapat makan apa yang terbuku je.. hihi.. orang kata kalau masa ngandung tak dapat makan sesuatu nanti airliur anak meleleh je kan? sekarang ni zahra camtu la ada masa-masanya.. T_____T

nak buat camne.. pasrah je la...

12 comments

  1. sampai ke lepas beranak mengidam..
    hihi..

    ReplyDelete
  2. waaa!
    kalau dpt yg sedap mmg la nk mkn pun rsa syg ...hehe

    ReplyDelete
  3. mamamyja pon suka dunia crepe nih.. hehehhe

    ReplyDelete
  4. sue pun suka makan durian crepe. dapat yg sedap alhamdulillah. sbb pernah dpt isi durian yg dah nak basi tau. sedih sangat rasa.

    ReplyDelete
  5. daku pulak yang mengidam neh hah ..

    ReplyDelete
  6. Kat sini tengah musim durian...kali pertama makan crepe durian.m.ingat sedap..tapi penuh krim je..haha..tekak tak suka krim2

    ReplyDelete
  7. Wahh sspnya tu mimie..nak juga

    ReplyDelete
  8. Sya pernah mkn, tp ntah tak. Kena Sgt dgn selera.. Maybe org tu X pandai buat kot.. Hehe

    ReplyDelete
  9. hehe.. kata org tua.. tapi normal je sbnrnya... hehe...

    ReplyDelete
  10. Kat Tesco melaka pun ada jual gak...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah
    dpt juga
    ciksu hari tu cik abe yg teringin.
    dpt beli kt pasar malam jln tar.
    masa tu tak tahu lagi ada isi.. hihi

    ReplyDelete