FASHA SANDHA DENGAN JEJAI CERAI TALAK SATU

Thursday 21 January 2016

Seperti orang lain, Fasha juga sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya, namun tidak berjaya.




Berkenaan dengan kes perceraian ini, lafaz perceraian dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di dalam kamar Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim Wahab sekitar jam 3 petang.

"Saya sudah berusaha demi menyelamatkan rumah tangga kami, tapi saya reda dengan perkara ini. Bagi saya inilah jalan terbaik.


"Saya akan teruskan kehidupan seterusnya bersama anak-anak saya, Putra Rayfal dan Putri Raysha," jelas Fasha yang dipetik dari mStar Online tanpa mengulas lebih lanjut.

Terdahulu, Fasha telah memfailkan kes ini pada 18 Januari lalu di mahkamah yang sama, turut mewakili Fasha, Peguam Syarie Zulkifli Che Yong. Permohonan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Untuk rekod, perkahwinan Fasha bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali dengan Jejai, pada 27 April 2012, mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha, 1.






sumber : sini

8 comments

  1. alahaiii.. akhirnya nya bercerai jugak..

    ReplyDelete
  2. Dulu Nora danish, sekarang Fasha Sandha plak jadi mangsa perceraian....Jejai ni ada masalah kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Mcm plik pula.. Nk ckp lbih2, xtahu..

      Delete
  3. go fasha.. step forward.. move on!
    emosi plak aku neh.. haha

    ReplyDelete
  4. go fasha.. step forward.. move on!
    emosi plak aku neh.. haha

    ReplyDelete
  5. alaa..sianya fasha..moga selalu bertabah..

    ReplyDelete