4 Cara Untuk Elakkan Serangan Simpul Mengkarung!

Tuesday 24 May 2016

Assalamualaikum.. Hi..!

Terperasan entry ni. Rasanya bagus juga share kat sini. Masa mengandungkan zahra dulu, beberapa kali juga la kena simpul mengkarung ni.. Haaaaa, sakitnya tu, Allah aje la yang tahu. Pernah kena 2-2 belah kaki sekaligus tau. Rasa nak menangis sakitnya tu tau.

Meh kita baca sikit perkongsian ni.. Moga bermanfaat buat semua..




"Sakitnya kalau kena serangan simpul mengkarung terutama tengah tidur waktu malam."

Siapa pernah kena mesti tahu betapa sakit rasanya. Serangan simpul mengkarung atau kejang betis ataucramp biasanya berlaku kepada ibu hamil. Kenapa ya?

Semasa mengandung otot kaki menampung berat badan yang berlebihan. Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas.

Hal ini berlaku bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil. Kehadiran hormon progesteron memberi kesan kepada ketahanan atau kekuatan otot kaki sepanjang kehamilan.

Kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang.

Kekejangan betis semasa mengandung adalah disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Jadi bakal ibu perlu peka faktor yang mungkin menjadi puncanya seperti

1.    Keletihan otot betis.
2.    Tekanan pada urat saraf bahagian kaki.
3.    Peredaran darah yang tidak lancar.
4.    Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan sama ada terlalu sedikit kalsium atau magnesium atau terlalu banyak fosforus. Namun data yang menyokong pendapat kekurangan mineral menyebabkan keadaan ini terhad.  
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.

1. Meregangkan otot betis
Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur, boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding, letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri.
Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang anda lurus dan paha ke hadapan. Kemudian, tukar kaki dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5 - 10 minit.

2. Kekal aktif
Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Anda perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.

3. Vitamin dan mineral tambahan
Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Anda juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering.
Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium, membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.

4. Air yang mencukupi
Minum air mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka dengan warna air kencing! Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang mencukupi.
 


Sebenarnya simpul mengkarung ni bukan kena pada orang perempuan je. Lagi lagi wanita yang hamil. Rasanya ada je orang lelaki pun yang kena kan. Cuma kerap tak kerap je, betul tak? 
So rasanya info ni sesuai la dikongsi untuk pengetahuan semua. 💕


sumber : sini

7 comments

  1. Bagus info ni... Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan maklumat ni...

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, I didn't encounter this during pregnancy but I.had backaches, did yoga and it helped a lot.

    ReplyDelete
  3. bagus info ni..masa mengandung dulu alhamdulilah tak pernah lagi kena kejang urat..

    ReplyDelete
  4. I see. Baru tau dalam BM dia dipanggil simpul mengkarung. Even x pregnant mmg selalu kena jugak. Tapi sbb benda lain.

    ReplyDelete
  5. Heheheh kita yang tak mengandung ni pun selalu kena simpul mengkarung wakakakak mungkin sebab berat badan kot hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Thank you for your tips. I agree with you on this. Drink more water and take vitamins

    ReplyDelete