Cabaran Berpuasa Ketika Hamil & Menyusukan Anak

Thursday 23 June 2016

Assalamualaikum.. Hi! Morning..

Cabaran Berpuasa Ketika Hamil & Menyusukan Anak | Pagi ni berkesempatan nak mengomel sikit dekat blog ni. Agak-agak ada ke yang sudi singgah membaca ni ye.. Kita memang betul-betul tengah bizi sekarang. Tak sempat nak blogwalking. Update blog pun curi-curi masa. Nanti la kita share kenapa kita bizi sangat ye. Tunggu sampai urusan tu selesai.

Ok.. 





Berbalik kepada tajuk tu. Cehhh, macamlah hebat sangat kita ni kan. Tapi just nak share pengalaman je. Dulu pernah puasa masa mengandungkan zara. Masa tu 7 bulan zara dalam perut. Masa tu risau juga. Sedia maklum je la kan. Banyak sangat baca benda-benda viral ni. Ada yang kata baby boleh meninggal dalam perut sebab berpuasa la. Allahuakhbar!.. Takut sangat tau.

Siapa tak risau kan. Last-last tanya pada nurse. Boleh ke berpuasa. Nurse kata boleh. Tapi kalau badan dah lemah sangat, baby pun dah kurang gerak, better berbuka la ye.. Alhamdulillah. Masa tu Allah bagi kekuatan sangat. Cuma ada sehari tu je terpaksa berbuka. Sebabnya rasa macam baby slow sangat. Asik tido je. Sebab pagi tu juga saya ni pun mengantuk. So bila kita pun tertido, tak perasan sangat pergerakkan baby tu..

So far, berpuasa semasa mengandung dah rasa pengalaman tu.. Dan tahun lepas berpuasa dalam keadaan masih menyusukan zara. Masa tu zara baru 9 bulan kalau tak silap masa berpuasa. Takut memang la takut kan. Banyak sangat bahan pembacaan tak bertauliah ni kata boleh buat ibu lembik, kurang bertenaga semua tu. Tapi kalau kita makan dengan cara yang betul, in shaa allah dipermudahkan.

Cuma bila ibu berpuasa ni, anak menyusu macam tak puas la.. sebab maybe susu tu tak mengenyangkan sebab ibu tak makan kan. Saya ibaratkan seperti minum air kosong la kut. Kalau ibu makan, anak menyusu pun puas. Cepat kenyang.

2-2 pengalaman dah rasa. Then bagi saya, berpuasa semasa mengandung ni agak kena berjaga-jaga la. Sebab baby kat dalam. Kita tak tahu keadaan dia macam mana. Cuma kita kenalah jaga makan serta berdoa dan tawakal la kepada Allah. Moga dia dilindungi..

Saya pernah tanya nurse, betul ke kalau ibu mengandung ni puasa boleh buat baby meninggal. Dan nurse bagitu, tak semestinya dalam keadaan kita berpuasa je baby boleh meninggal kan. Kalau kita makan macam biasa pun, kalau dah takdirnya, kita kena berserah. Cumanya kalau baby meninggal dari dalam perut ni kata nurse selalunya baby kekurangan oksigen. Tu yang buat dia lemas..

So, mummy-mummy semua jangan la risau ye. Apa-apa pun ni hanyalah pengalaman saya. Dan nakkan lebih kepastian yang lebih lagi, better jumpalah nurse untuk buat rujukan..

Nak tahu juga macam mana nak SENTIASA BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA NI? Jom ikuti TIPS berguna ni.. :) 

8 comments

  1. ikut nasihat yg lbh pakar kan kak..

    ReplyDelete
  2. ye betul...ikut nasihat yg pakar

    ReplyDelete
  3. InshaAllah moga bermanfaat untuk ibu2 diluar sana :)

    ReplyDelete
  4. Ibu menyusu, ibu hamil Allah bagi keringanan utk berbuka jika x mampu berpuasa.

    ReplyDelete
  5. aha la kak..yang penting dapatkan nasihat dari pakar dulu apa-apa hal

    ReplyDelete
  6. ibu hamil boleh je puasa. ikut tahap ketahanan mental fizikal masing2 la

    ReplyDelete