Dugaan dan Cabaran Berniaga.

Wednesday 8 June 2016

Assalammualaikum.. Hi!..

Dugaan dan Cabaran Berniaga| Dalam berniaga, macam macam karenah pembeli (customer) kita boleh jumpa. Manusia kan, dilahirkan dengan 1001 karenah yang kadang kala kita tak dapat nak jangka.
Dapat customer yang cerewet, mungkin naik lemas juga nak layan. Tapi mungkin dah memang sikapnya begitu, kita layankan aje.




Nak taknak kena layan baik-baik. Kalau dorang nak maki pun, ignore kan aje.. Macam saya jadi dropship, memang kena tempuh la semua ni. Tapi saya ignore kan juga kalau dorang nak bebel ke, nak mara ke apa. Tak perlu nak melenting. Kalau nak melenting pun, diam-diam je la. Karang tak puas hati, jadi kes Viral pula kan? Tu la zaman sekarang..


Nak cerita sikit tentang pengalaman saya jadi dropship ni.. Memang seronok. Bukan seronok dapat duit komisen semata-mata. Tapi saya lebih seronok tengok orang ramai membeli dengan saya. In shaa Allah, saya survey juga harga. Saya letak harga paling rendah. Sekalipun komisen yang saya terima tu lepas la untuk beli coolblog secawan.

Sekarang ni dah bulan puasa. Semestinya ramai yang mencari baju readymade untuk dipakai pada hari raya nanti. Dan apa yang boleh saya kata, sebagai seorang agent dropship, kita tak pegang barang. Kita just promote dan terima bayaran je. Tapi tak semua orang paham dropship tu apa kan? Cuma yang cust. tahu, nak mara je bila barang tu takde. Kadang-kadang post gambar tu sehari je pun dah boleh sold out.

Dan sekarang ni, supplier dah bagitahu siap-siap. NO BOOKING. FAST PAYMENT. STOCK LIMITED.

Agak-agak boleh tak paham kenapa supplier buat macam tu? Dia taknak bila orang dah booking sampai seminggu pun, last-last customer cancel. Mesti la dia tanggung rugi kan? Sedangkan ada orang yang lebih bersungguh-sungguh nak baju tu, terus buat payment. 

Beberapa pengalaman yang saya dapat semasa jadi drophip ni. Pernah ada cust ni terlalu teruja nak beli kain pasang. 3 pasang dia minta. Katanya nak buat bayaran pada hari sama. Kebetulan masa tu hari jumaat. katanya lepas jumaat dia transfer duit. Saya pun ok je la kan. Tapi supplier kain pasang ni okay. Dia bagi reserved tanpa deposit ni dalam tempoh 3 hari.

Dah lepas waktu solat jumaat ni, cust. tak buat bayaran.Saya pun takde nak paksa. Atas dia la kan. Sebab ada tempoh 3hari tu. Nak dijadikan cerita, lepas seminggu dia masih senyap. Saya whatsApp balik tanya. Dia kata dia nak kain tu. Nanti dia buat bayran. Sampai sebulan, tiba-tiba cust ni whatsApp saya balik tanyakan stok kain tu. masih disimpankan. Last-last, sampai masuk beberapa kali jumaat ni dari bulan Januari sampai la sekarang dah bulan Jun, langsung takde respon. 

So, dari situ saya paham kenapa setiap supplier taknak cust. main booking je tanpa sebarang deposit ni. Macam sekarang ni, baju readymade memang mendapat perhatian yang tinggi. Lagipun senang & berbaloi dengan harga kan? Cuma kita kena pandai pilih la nak membeli dari siapa. Ada yang tawarkan harga murah, ada yang tawarkan dengan harga mahal. Selera nak membayar diatas masing-masing.

Pernah juga seorang cust ni seakan menegur saya. Waktu siang dia tanyakan stok baju. Kebetulan memang baju tu masih ada. Kebetulan dia bayar malam. Elok saya pass duit pada supplier, baju habis. Cust. tak puashati. Katanya napa tak bookingkan. Bukan saya taknak booking kan. Dah syarat dari supplier begitu. Kebetulan baju tu memang mendapat permintaan yang tinggi. Saya tak kisah ditegur. Itu pengalaman untuk saya. Saya belajar dari situ. Sekiranya bayaran dah buat, saya akan refund balik jika customer taknak baju yang lain.

So, bila dah tertulis NO BOOKING. FAST PAYMENT. STOCK LIMITED harap dapatlah memahami.. Saya rasa siapa-siapa pun yang berniaga, kalau asik simpankan stok, last-last customer cancel, mesti rasa sedihkan? Rasa macam cust. ni main-main je.. Saya siap simpan stock kain pasang sampai 2 pasang lagi kes kena bayarkan dulu, last-last cust. tak berkenan..

Dan kes yang baru saya terima bila cust minta harga baju yang tersangat murah. Sedangkan orang lain jual memcecah rm100 ke atas. Sedangkan saya, Rm100 ke bawah. Dan bila buat payment, cust bayar kurang. Dengan harapan saya dapat memberi 'diskaun yang lebih'.. Mungkin.. Tapi harga baju tersebut saya pula yang kena keluarkan baki bayaran. Yang buat cara macam ni, saya minta maaf sangat. Saya memang tak dapat nak tolong. Saya sendiri pun pernah membeli online. Tak pernah lagi saya bayar kurang pada penjual semata-mata nak dapatkan diskaun..

Dalam berniaga ni sebenarnya seronok sangat. Seronok sebab kita dapat bantu kawan-kawan yang lain untuk mendapatkan sesuatu. Yang penting niat kita berniaga. Memang ada yang tegur saya, kenapa ambil komisen terlalu murah. Tapi bagi saya, biarlah murah, asalkan saya sentiasa mendapat pelanggan..




Siapa kaki shopping kat sini? Korang kena >> Terjah Syurga membeli belah ni <<< 


10 comments

  1. Ya btl tu mimie, biarl jual murah tpi pelanggan sentiasa ada..klau nak jual mhl pun befikir 1000 kali tpi tu la kekdg cust ni x fhm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl lya. Biar murah, plnggan sentiasa ada. Sbb kita pn pham, bkn semua cust ni bnyk duit jgk kn..

      Delete
  2. betul tu
    macam macam kan ragam org ni
    sebab tu sebelum beli online baik baca dan fahami konsepnya dahulu. brulah memudahkan semua pihak

    good luck mimie

    ps:mimie, nk tahu tak. ni lagis sedey. smlm ciksu gtau kata hp tu x guna mmry card kan. rupenya ade lah utk memry card cumanya cik abe ciksu yg x mo guna hr tu sbb dia bajet, dah ade memory external so tak pyh la pakai memory card. hhuhuu.
    napelah tak dipasangnya kalau tidak mmg selamat dh. takde beria nk cr spare part.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu ciksu. Lgpun bkn semua customer ni kita dh knal lma kn. Kita pn kna berhati2 jgk. Krang x pepasal, supplier pula yng x percaya pd kita.

      Yeke ciksu.. Alahai.. Awatla x dipasang ye. Bnda nk jd kn. Klau x jd mcm ni, xthu la kisah psal memory tu kn.. Sbar ye ciksu..

      Delete
  3. salam kak sabaq noh adik saya pon dropshipper macam kak:) moga bertambah rezeki

    ReplyDelete
  4. mmg ptt pun takde booking. or biar booking 24 jam aje. sbb kes buyer yg byk main-main.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan

    jim join GA

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    ReplyDelete
  6. semoga rezeki akak sentiasa murah Aamiin.. :D

    ReplyDelete