Jus Jambu Batu Asam Boi.

Thursday 29 September 2016


Jus Jambu Batu Asam Boi.


Assalamualaikum.. Selamat petang.. Harini saja kita nak share salah satu minunan favourite kita ni. Kalau minum jus ni, kenyang, tak makan nasi pun takpe. Hehe.

Jus Jambu Batu Asam Boi. Nak buat nya pun mudah je. Antara rajin dan malas je. Tak berbaloi kalau beli. Sebab jambu nya sikit, pewarna & perasa je lebih. Kan? Yang original kena buat sendiri la kan. 

Caranya potong buah jambu batu tu tak terlalu kecil atau terlalu besar. Asalkan senang untuk di blender. Blender la sampai halus tau. Nanti seradak dia jangan dibuang ye. Sebab seradak tu yang buat kan jus tu sedap. Maksudnya, lepas di blender, tak perlu ditapis. 

Pastikan blender tu jangan la blender yang digunakan untuk blender cili atau bawang. Karang pedas pulak. Hehe. Tapi kalau takde blender lain, guna kan je la, cuma kena pastikan betul-betul bersih la ye. 

Tapi sebelum blender tu, boleh la rendam asam boi dulu. Saya selalu rendam dalam setengah jam ke 1 jam macam tu. Dalam cawan lain dulu. Supaya Asam tu kembang dahulu. Baru sedap bila dah dicampur dengan jambu batu yang dah di blender tu nanti. 

Ohhh, sebelum terlupa, masa nak blender jambu tu, bubuh la sedikit Gula ye. Kut-kut buah jambu tu tak berapa nak manis. Then tambahlah air sekali tau. Karang tak boleh nak jadi air jus nya pula. 

So, bila dah Siap, masuk kan dalam bekas, campur pula dengan Ais batu. Memang terbaik. 👍👍

Cuba la ye.. sedap sangat tau. Nak lagi sedap pastikan minum dalam keadaan jus tu betul-betul sejuk. 

16 comments

  1. Replies
    1. Hehe.. mmng sdap Kak. Kita klau minum ni, rsa x ckup.

      Delete
  2. erm..saya pun suka tau..tambah pulak letak asam boi..adoi..sejuk2 hari pun saya boleh minum..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl2.. mmng best jus Jambu ni kn. Minum bnyk mna Pn, xjemu.

      Delete
  3. Memang sedappppp jus jambu batu asam boi ni....

    ReplyDelete
  4. X pernh lgi try blh la buat lps ni

    ReplyDelete
  5. dh lama x mnm jus jammbu batu. sjak sjak lps bersalin
    tp mmg sedap dimnm time sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. yeke.. Ciksu berpantang minum Ais lg ke..
      Dah lama x buat, kna buat tu Ciksu. 😉

      Delete
  6. Kak lain kali buat resipi sila letak kuantiti sekali ye.. jambu batu berapa biji, gula berapa sudu, air berapa cawan... Hahaha.. kalau tak nnt org buat silap tak sedap mcm kak. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Haha..
      Gula tu bergantung kepada tahap kemanisan buah. Kalau buah dah manis, jangan bubuh banyak. Semua ni agak agak je. 😄

      Delete