"Awak Buat Job Review Ke"?

Wednesday 23 November 2016



"Awak Buat Job Review Ke"?



Assalamualaikum.. 

Hai readers! Pagi-pagi ni kita kena la mulakan hari kita dengan mood yag baik kan. Supaya sepanjang hari kita mood pun akan ceria. Tapi kalau tiba-tiba ada yang buat spoil, sekeh je kepala dia. Hehehe.. ok la, bukan nak cerita pasal mood sekarang ni. Tapi pasal job review. 


"Awak Buat Job Review Ke"?


Waa.. sekarang ada yang dah tegur macam tu dekat kita. Pelik juga, tak boleh ke kalau kita nak buat job review? Bukan salah pun kan? Kang hari-hari kita tulis blog cerita sendiri je, nanti kata 'eiii, dia ni banyak story syok sendiri'! Lagipun benefit nya sama-sama diterima bila buat job review ni kan. Bukanlah terlalu mengejar bayaran yang terlalu tinggi ke apa, tapi ianya kan 1 peluang, why not kita tak cuba, betul tak? Yang penting 'Pengalaman'.


"Awak Ada Pengalaman Sendiri Ke Bila Buat Job Review Tu"?


Amboiii.. Sampai tahap macam tu sekali pertanyaan. Kepochi sangat tau awak ni. Terima Kasih sebab tanya macam tu. Mesti awak selalu stalker kita dalam diam ni kan. 😂😂😂 Actually, kalau produk penjagaan muka khususnya atau produk berkaitan makanan/minuman,  saya lebih refer kepada yang saya guna.. Contohnya produk muka, saya sendiri tahu, saya punya muka ni jenis sensitif, memang saya tak berani nak menggunakan banyak produk lain, sebab kalau muka rosak, sendiri juga yang tanggung akibatnya kan? So untuk perkara yang 'sensitif' ni, memang saya tak main tulis hetam keromo je.

Tak kan saya nak share perkongsian yang tak sepatutnya kan? Kalau setakat review perfume ke, takde masalah kut. Perfume kan berbau wangi. Tak perlu pakai pun dah boleh tahu baunya macam mana. Kalau pakai pun dah tentu bau yang sama juga yang melekat. Tak gitu.


"Awak Tulis Ni Ikut Text Diberi Ehh"?


Eh.. kemain sibuk je kan nak tahu. Selalu text diberi tu ada info-info penting yang perlu kita inform kepada pembaca. Kenapa? Salah ke kalau tulis review ikut text? Tak salah rasanya kan? Tak semestinya ada text, kita kena ikut bulat-bulat kan. Of couse la kita kena pandai olah ayat. 

Apa pun yang boleh dikata, kita sama-sama cari rezeki kan. Kenapa perasaan sedikit 'iri hati' tu wujud. Kalau dah tertulis rezeki kita melimpah ruah job review, tak perlu nak pertikai. Sebab kita usaha kan. Bukan macam awak. Mungkin ada kerja tetap. Tapi job review susah nak masuk, pastu pertikai pula. Atau awak sendiri takde masa nak buat job review, pastu awak perli-perli pula kawan lain. Tak baik tau gitu. 

Bukanlah Allah dah janjikan, setiap rezeki diantara kita berbeza-beza? So, janganlah kita pertikaikan setiap rezeki tu. Saya terima je segala job review selagi mampu dan tidak menyalahi undang-undang. Kalau ada sesiapa nak tawarkan job review kepada saya jangan segan-segan tau. 😅😅



6 comments

  1. abaikan je mimi.. dia bukan bg kita job pun

    ReplyDelete
  2. Orang macam ni memang suka tengok je nak drop org lain.. Pantang tengok orang nak merasa lebih sikit, ada je la nak kondem kan mimi.. Sabar lah yea.. Kadang org nampak sisi hidup dia lengkap sangat, tu yang hentam kromo je kondem orang.. tp tak sedar sebenarnya sisi hidup dia ada yang rompong..

    ReplyDelete