:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Selasa, 11 Julai 2017

Syawal 2017 - Raya Pertama | 25 Jun 2017

Syawal 2017


Raya Pertama | 25 Jun 2017


Assalamualaikum.. Selamat Pagi..
Harini nak imbas balik cerita raya boleh? 17hari dah kan syawal berlalu. Mood raya pun dah berkurang.. Sedihnya rasa.. 😥
Walaupun raya itu sebulan..



Tahun 2017 ni alhamdulillah.. tahun pertama merasa beraya di segamat dulu. Dah 3tahun beraya pertama di melaka. Tahun ni rasa best la juga sebab fefeling macam baru kawin pulak bila dapat beraya pertama kat kampung sendiri. Dapat berbuka last day puasa dengan mak abah. Walhal anak dah 2 orang. Hihi


Kiranya tahun pertama juga la buat ddy zara ni beraya di segamat dulu. Best tau raya di segamat. Bukan la kat melaka tu tak best. Best juga. Cuma kemeriahannya tu lain. Last day berbuka di segamat termasuk family kecil kami ada 4-5 family tau. Meriah tak meriah tak bila ramai ramai? Of course laa meriah.

Tahun ni kami #TeamBiru & #TeamRayaJohor. Haha.. Perlu ke hashtag?? Tahun ni macam fenomena pulak hashtag team team tom ni haaa.. so kita menumpang sekali la ehhh..
Sekali bila guna hashtag ni tengok ramainyaaaa geng #TeamBiru. Kiranya tahun ni pilihan hatiku tepat la yerk. Haha.. Sebab dapat meramaikan #TeamBiru bila mengenakan busana raya ni. 

Raya pertama dah meriah tau. Firstly tentunya kalut bersiap. Pepagi geng yang pergi sembahyang raya jalan kaki je tau. Sebab surau tak jauh. Kan dah jimat masa, jimat nak cari parking semua tu. Yang bestnyakan tahun ni, bangun pagi dengar jelasssss sangat sangat orang bertakbir raya tau. Allah.. dekatnya tu macam sebelah rumah je. Ke 3tahun lepas dah alami bunyi takbir macam sebelah rumah je? Haha.. Sebab beraya di Melaka tak dengar Takbir Ooiii. Ddy zara nak pergi solat raya pun kenalah bawak kereta. So imagine sendiri la ye camne. 

Lepas dorang balik sembahyang raya, kasi geng geng tu semua penuhkan tangki perut dulu. Hihi.. Karang moody pulak sebab nak tunggu geng ppuan bersiap kan. Yang mana nak mandi, nak bersolek lagi. Kita seperti biasa la, tak pandai nak bermekap mekap ni, bersiap rasa okay je la. Teringinnyaaa nak bermekap lain dari lain. Huhuhu..



*tangga yang penuh makna.. nanti kita share kenapa ehh*


Bestnya tahun ni raya pertama dah start berjalan raya ziarah saudara mara. Bermula dari saudara sebelah rumah, terus kan ke kampung dalam. Seterusnya ke Felda Tenang. Selalunya raya kedua atau ketiga baru berjalan ke sana. Alhamdulillah. Tahun ni dapat sertai pada raya pertama. ☺

Yang bestnya petang lepas kitorang semua dah sampai rumah, hambekk kena serbu sampai 2 keluarga besar. Yang tak tahu nak kata berapa ramai umat manusia tu. Bayangkan kalau 1 family tu anak beranak je dah 8-9orang. Belum termasuk menantu dan cucu lagi. 2 keluarga besar macam tu memang meriah tak terkata la. Sampai nak duduk makan pun kena menyelit nyelit mana ada ruang. Kikiki..

Saya seperti biasa la. Sempat la juga buka kedai kain baju. Hahaha.. gara gara nak bagi baju kakak sedara, sekali datang 2 keluarga tu, dok tanya-tanya jual apa kan, rezeki perlu ditarik.. terus promote.. ye dok.. 😂😂😂

Malam tu alhamdulillah, lega bila tetamu beransur pulang. Dapatlah berehat nak lunjur kaki, luruskan pinggang gitu. Kikikiki..

Nantilah sambung raya kedua pulak ehh.. 😘



#TeamBiru
#TeamRoyalBlue
#TeamRayaJohor

2 ulasan: