Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Assalamualaikum..
Tajukkkkk..
tak beringat. Beriye sangat la throwback nya tu. Haha!.. Boleh la kata
throwback ye. First time kan alaminya. Tahun pertama dok berpuasa jauh dari
family. So bila tercatat kat sini, nanti kut-kut la dah 3-4 tahun akan datang
terbaca balik, haaaa, tahu la situasinya macam mana kan? Ada beza ke tak.. Ye dok?
Pertama
kali berpuasa dengan en.suami.. sebelum ni kalau dok dengan family, haremmm la
nak bangun awal tolong mak masak time sahur ke buat pape yang patut. Tapi bila
kena turn sendiri ni, baru tahu. Nasib la saya ni jenis memang bangun sahur. So
tak susahlah nak bangun pagi.. *Yelaaaaaa sangatkan*
Hari
first sahur, tido malam ni dok beringat-ingat tau. Kunci alarm banyak-banyak
kali. Takut tak bangun punya pasal. Tahu-tahu je la.. time tu baru masuk
7month. So dah kira sarat juga kan. Takut nanti tak larat nak bangun ke apa,
jadi kena la alert2 sikit. Tido pun dah macam tido ayam je rasa.
Macam
nasi saya masak siap-siap. Sebab takut terlambat jaga, nasi dah ada kan. Tinggal
panaskan lauk je. Disebabkan puasa first, lauk yang makan semalamnya ada lagi. Jadi
senang la sikit. Terbangun pukul 4setengah ke, 4.45 pagi pun takpe. Bila dah
masuk hari berikut-berikutnya, situasinya sama juga. Malam-malam masa orang
terawih saya masak nasi siap-siap. Masak lauk siap-siap. Time berbuka kami tak
terus makan nasi.
Jadi
tak la kena kalut-kalut sangat nak masak time berbuka. Time puasa kalau berbuka
mesti nak kena ada kuih. Kuih selalunya beli je. Kecuali la kalau kuih buah Melaka
ke, saya buat je la sendiri. Bukan susah pun, kan. Pastu masa bulan puasa
haritu kan tengah ada perlawanan bola pepagi kan, kadang senang sikit nak
bangun. Sebabnya en.suami dah bangun dulu. Jadi dok dengar bunyi tv, senang la
bangun.
Pernah
juga la sekali ke 2kali terbangun lambat. Tengok jam dah pukul 4.50pagi. kalut
tak beringat. Nasib la nasi dah masak. Lauk main hentam je la masak. Haha!..
goreng telur je, pastu goreng sayur. Siap. Lagipun kami berdua tak lalu mana
pun nak makan pepagi. Saya memang tak makan banyak. Sebabnya lepas makan nasi,
saya mesti nak makan roti yang Rm0.70 tu.
Ehhhh,
panjang pula cerita pasal sahur. Kahkahkah!.. kalau dari segi situasinya pula,
umah saya ni dekat dengan surau. Senang kata turun tangga, jalan sikit dah
sampai surau tu. Kat surau tu ada buat terawih. Jadi malam-malam memang dengar
dengan jelas la segala bacaannya. Dorang habih kul bape pun tahu. Syahdu je
rasa.
Budak-budak pula bukan kemain riuh rendah dok main mercun. Saya kan masak
time orang tengah terawih. Siap terkejut-terkejut dibuatnya. Erm, sebelum orang
dok fikir bukan-bukan kenapa saya tak pergi terawih, baik saya bagitahu ye. Saya
tak larat nak turun naik tingkat 4. Umah memang tingkat 4. Tapi secara total
bila kira naik tingkat 5!.. sebab bawah sekali tempat parking. Tak larat ok nak
turun naik banyak kali. Dah la dah sarat. Dengan keadaan berpuasa lagi.
Ok,
berbalik pada kisah budak-budak tu, dorang main mercun apa saya tak tahu la. Tapi
meletupnya bukan kemain kuat. Sampai baby dalam perut ni pun boleh terkejut
tau. Ni bukan tipu. Sebab tetiba je baby bergerak kuat macam terkejut2 tu. Senang
cite, kalau ayah dorang letupkan meriam, anak letupkan mercun dalam botol/tin
kut. Hebat. Takde pula terdengar ada budak-budak kat sini putus jari ke apa. Expert.
Tu
kalau budak-budak. Kalau yang budak remaja pula merempit tak kira masa!..
seteresssssss okeh.. bingit telinga. Start petang sampai ke waktu berbuka
dorang merempit. Pastu lepas maghrib sambung lagi. Sangatlaaaaaa menguji
kesabaran. Sekarang ni baby tak kuar lagi takpelah. Nanti kalau baby dah kuar,
tak tahu nak kata camne. Jangan baby asik melalak tak boleh tido sudah.
Sampai
sekarang ni pun dorang asiklah merempit. Tak dapat bayangkan lepas ni ada baby
camne. Pastu suasana raya kat sini pula, masa raya ke-2 haritu saya balik umah
kejap. Bawa family datang umah. Senyap sunyi je kat sini. Ya Allah.. tenangnya
rasa. Best je. Tapi kalau tak dapat balik kampong confirm syahdu juga.. haha..
Tapi
bila raya ke-4 orang dah start kerja, takde la rasa sunyi mana dah. Okey je. Yang
bestnya cerita pun banyakkan, so dengan amannya layan tv la sampai ke malam. Saya
tak kemana sangat pun. Jiran-jiran bawah pun saya tak berkunjung. Bukan sombong
ye. Tapi tak kenal pun salah 1 sebab. Then kebanyakkannya masih balik kampong kut.
Umah senyap sunyi je..
Tu
la antara pengalaman pertama saya berpuasa dan beraya di kem. Situasinya berbeza
kalau duduk kat taman. Orang mesti nak berkunjung. Macam sekarang ni takdelah
orang berduyun-duyun datang ke umah pun. Ada pun kawan en.suami husband and
wife sorang tu je. Tu pun bagitahu. Ada juga la benda yang boleh dimasak. Lagipun
kalau ada orang berduyun-duyun datang umah tanpa henti, mau pengsan saya
dibuatnya. Haha.. sebabnya dah 8month kan. Serius, tak larat sangat rasanya
sekarang ni. banyak rehat je.
So,
next time kita tengok situasinya macam mana pula ye. Harap-haraplah diberi
keizinan kesihatan dan sebagainya untuk bertemu dengan ramadhan dan syawal akan
datang.. insyaAllah..
Assalamualaikum..
salam syawal..
Memandangkan
ramadhan baru je berlalu, rasanya boleh kut saya share pengalaman saya sendiri
berpuasa ketika pregnant ni. Bukanlah untuk menunjuk ke apa, cuma sebagai
sebuah coretan. Nanti akan datang kut-kut ter-alaminya lagi, senang nak tahu
kan? Haha!
Sebelum
berpuasa haritu saya punya la risau. Terfikir-fikir juga boleh ke saya ni
berpuasa dalam keadaan pregnant. Masa start berpuasa haritu saya baru masuk
7bulan. Tak ingat la dalam berapa week time tu. 7bulan tu kira dah masuk
trimester ketiga.
Sebelum
tu ada tanya pendapat nurse, nurse kata boleh je berpuasa, asalkan waktu sahur
jangan tinggal. Jangan tak makan. Makan makanan yang berkhasiat, yang berat
sikit. Macam nasi ke jangan tinggal. Then tanya mak agak-agak boleh ke
berpuasa. Risau kan. Mak cakap mak dulu boleh je berpuasa penuh. So ada la
keyakinan nak berpuasa tu.
Sebab
ada kawan saya tu dia kata dia tak boleh nak berpuasa. Dapat buat 3hari je. Pastu
kalau berpuasa dia pening, muntah, pitam. Mungkin masuk angin juga kut.. tu
yang saya terikut risau. Syukur sangat masa hari first puasa, baby pun aktif
je. Alhamdulillah.. masa tu tak sangka juga boleh habiskan puasa 1 hari tu.
En.suami
bagi kelonggaran juga kalau tak boleh berpuasa, tak larat buka je. Tapi sebab
saya nak cuba buat juga, Alhamdulillah dipermudahkan. Memanglah lembik sikit
kan, nak-nak bila baby macam meronta-ronta lapar. Sian baby time tu. Pujuk dia
bagitahu kena puasa. Ayah dia pun pujuk sama. So sweet sangat time tu.. :’)
Apa
yang sama amalkan masa sahur ialah makan nasi. Tapi sahur ni mana mau masuk
banyakkan? So makan la mana yang mampu. Then saya makan kurma bila dah lepas
makan nasi. Orang kata elok makan dalam kuantiti ganjil kan? Saya paling banyak
makan pun 5biji je. Tapi selalunya 3 je. Tu pun dah sendat perut.
Then
peel saya 1 lagi time sahur ianya wajib makan roti. Roti krim yang Rm0.70 tu. Hari-hari
lepas sahur mesti makan. Dah macam benda wajib pun ada makan roti tu. Haha! Pastu
mesti nak yang perisa coklat. Air minum air kosong je. Selalunya air kosong
sejuk peti. Air kosong sejuk biasa macam tak boleh nak telan la pula.
Alhamdulillah,
saya amalkan makan camtu hari-hari. Yang saya perasan, kalau saya tak makan
roti, perut punya la pedih. Ada la bape kali skip, try tak makan roti tu,
sekali pedih mak aihhhh perut. Yela,roti kan mengembang dalam perut. Tu pun
salah 1 yang membantu supaya saya bertahan. Then kalau nak makan kurma, mesti
makan selepas makan nasi. Kalau makan sebelum makan nasi, confirm pedih perut.
Then perkara
paling-paling penting sekali adalah NIAT kita. NIAT kita bila kita berpuasa tu.
Minta pada Allah supaya dipermudahkan. Supaya Allah dilindungi diri kita dan
Baby sepanjang kita berpuasa. Bila lepas solat maghrib saya selalu berdoa,
bersyukur pada Allah sebab izinkan saya habiskan puasa untuk hari tu.
So
takde alasan kenapa ibu mengandung tak boleh berpuasa. Tapi kalau atas sebab
memang tak boleh tu, lain la kan.. tapi kalau saja-saja atas alasan ‘mengandung’
rasanya tak patut kut. Lagipun kalau kita nak kena checkup macam nak kena minum
air gula pun, kita disuruh berpuasa dulu kan? Betul tak?
Then
dalam masa yang sama, pujuk-pujuk la baby kita tu.. insyaAllah dia akan paham..
J
Dan yang paling best sekali saya perasan ialah waktu berbuka. Baby pun ikut
rentap-rentap dalam perut bila kita makan. Sian baby lapar. Nak-nak saya kalau
berbuka cari air sejuk. Lagi la kuat dia bergerak-gerak. :’)
Then
seperkara lagi yang saya perasan, saya masa bulan puasa haritu kerap juga la
makan kuih berpulut. Contohnya kuih seri muka, tetiba suka sangat-sangat la..
kalau boleh nak makan selalu. Pastu buat kuih buah Melaka. Then yang saya
perasan, kalau saya makan kuih berpulut ni, baby jadi kurang aktif. Asik tido
je. Gerak pun slow je. Nak monitor pergerakkan pun risau tak cukup 10x.
Adakah
makan kuih berpulut ni baby pun akan ikut kita jadi kuat tido je?? Sebab saya
kalau makan kuih berpulut akan ngantuk je.. Bila saya tanya mak, mak tak tahu
pula. So saya ambik inisiatif sendiri, elakkan dari makan kuih berpulut. Risau baby
bila dia kurang bergerak. Sampailah sekarang ni. saya cuba elakkan.
Then
1 lagi, time pregnant ni elok juga minum air ribena. Tu pada saya la. Pada orang
lain, saya tak pasti la pula. Sebab apa yang saya perasan, bila time berbuka,
saya minum air ribena, baby akan sentiasa bergerak aktif pada esoknya bila kita
berpuasa. Tu yang saya perasan la. So saya amalkan minum tu la waktu berbuka.
Ni
antara yang saya amalkan masa berpuasa haritu la.. syukur sangat dapat berpuasa
habis. Cuma tinggal sehari je. Tu pun dah tengahari terpaksa buka sebab baby
kurang gerak. Sebab semalamnya masa berbuka saya makan kuih berpulut. Start dari
tu sangat takut nak makan dah kuih berpulut.
Alhamdulillah..
selesai juga ramadan saya untuk tahun ni.. :-)
Assalamualaikum..
Baru je terfikir bila nak berbuka puasa kat luar kan.. tetiba je en.suami bersuara nak berbuka kat luar semalam.. so apa lagi.. laju je la... sesekali tukar angin kan.. jemu la asik makan kat umah je.. sendiri masak, sendiri makan..
saya rasa dah naik jemu makan masakan sendiri.. patut la mak selalu cakap 'mak tukang masak ni tak lalu nak makan'.. sekarang baru tahu rasanya macam mana.. berbuka kat luar pun bukan la makan sakan pun..
Bila tak habis en.suami la kena habiskan.. Hehehe.. Kebetulan semalam dia x order makan. Order minum je.. Pelik juga.. Tapi xpelah, saya kalau makan susah nak habis.. So kongsi je la.. Sekurang-kurangnya tak membazirkan?
Bila tanya dia napa xnak makan, dia kata nanti balik saya masak la yang simple2.. Smpai camtu sekali.. Saya ingat biarlah sama2 tukar angin kan.. Tup-tup en.sumi nak kita masak juga.. Saya tak kisah pun.. Maybe dia bawa makan luar pun sebab saya agknya..
Makan kat kedai biasa biasa je pun.. Saya jenis tak kisah.. Janji makanannya sedap.. Bersih tempatnya..

Kuih ni memang dibekalkan pada semua.. So tak perlu nak risau kut kut makanan yang kita order tu lambat sampai.. Tapi makanan xde la lambat pun.. Cepat je dorang hantar..
Ni yang saya order semalam.. Nasi goreng ayam.. Ingat nak makan nasi ayam je.. Tapi xde la pula.. Xpelah.. Janji okay.. Sedap.. Lepas je makan bukan kemain baby pun berjoget joget dalam perut ni..
Sampai ayah dia pun boleh nampak dia dok gegar2 dalam perut ni.. Seronok kut dapat makan nasi ye sayang.. Naik mengah mama dia ni dok layan dia.. Rasa macam x sabar nak tunggu dia kuar..
Ok la.. Rasanya macam dah lama tak belanja gambar muka tuan umah kan?? Meh la tempek sekeping buat kenangan.. Gambar fresh dah nak masuk 31week ni.. Hehehehe...
*muka sememeh nak pergi berbuka* hihi
Assalamualaikum..
Bazar
Ramadan? Setakat ni memang kaki ni jejak la ke sana. Haha.. bukan malas masak
ye. Masak tetap masak. Kalau macam setakat ni, tak lagi la saya beli lauk kat
luar.. masih masak. Sebabnya kami kalau makan pun kadang sahur. En.suami je
kadang-kadang makan nasi malam. Tu pun lepas balik terawih.
Kalau
saya kurang sikit. Tak boleh nak masuk la.. Mungkin dah terbiasa sejak dari
zaman anak dara lagi. Haha.. setakat ni kalau menjengah ke bazar pun sekadar
beli kuih muih je.. Bukan la tak reti buat, tapi macam saya pernah bagitahu
sebelum ni, ada kelengkapan yang tak cukup lagi. Tu 1 perkara. Lagi 1 perkara
nak makan pun bukan banyak. Lebih baik beli je..
Kalau
macam masak lauk ni, saya masak time en.suami solat terawih. Sebabnya kalau
masak awal sesangat pun bukan terus makan. Jadi biarlah masak lewat sikit. Masak
pun yang simple-simple je. Janji boleh makan. Saya kalau makan sahur nasi panas
+ kicap + ikan bilis goreng pun dah cukup. Tak boleh masuk lauk berkuah ni. En.suami
mesti kena ada berkuah. So masak la lauk berkuah sejenis. Cukuplah..
Bulan
puasa ni tak boleh nak membazir. Baik makanan yang kita beli ataupun makanan
yang kita masak.. betul tak? Dah la waktu siang bukan nya makan. Pastu nak masak
banyak-banyak. Kadang tak selera pun nak ulang makan lauk sama pada hari
berikutnya kan?
Macam
saya setakat ni kalau beli kat bazar pun tak lebih dari Rm10. Ok la tu kan..
macam haritu teringin sesangat laaaaaa kunonnya nak makan roti john. Ok la.. dapat.
Rm3 je.. pastu beli kuih Rm2.. Baru Rm5. Memang dah niat xnak kelabu mata
tengok macam-macam yang orang jual tu.
Lagipun
kalau beli banyak-banyak sapa yang nak makan?? Dah la kami berdua je.. termasuk
si kecik dalam perut ni minta makan pun bukan banyak.. kita sebenarnya bukan
lapar mana pun. Tapi dahaga yang lebihnya kan?
Kalau
tengok kuih macam banyak, lepas buka mesti rasa insaf kejap.. sapa nak habis
kan ni????? huaaaa… setakat ni takde lagi la kuih yang dibeli tu
terbuang-buang. Kalau tak habis boleh simpan dalam petiais, kita simpan la..
Cuma
kadang tu rasa macam terkilan je sikit dengan orang niaga ni..
Bukan
la nak drop orang ke apa. Kualiti barang niaga kena la jaga kan? Macam sebelum
ni en.suami pernah belikan kuih lopes tuk saya. Pastu saya makan belah dalam tu
pulutnya macam tak masak. Aikkk… tak kan makcik tu tak perasan kut?? Sebabnya pulut
tu kita kena masak dia dulu baru bentuk-bentukkan dia kan? Betul tak?? Tapi kenapa
mesti dia bentukkan juga tuk jadikan kuih? Kan boleh kalau diasingkan yang tu..
Then
masa puasa pertama haritu saya teringin sesangat nak minum air kelapa. So en.suami
belikan la.. tapi sayangnya airnya ok.. Cuma termanis gula sikit. Tapi isi
kelapa langsung takde. Adeh.. sabar je laa.. pastu ada la beberapa lagi yang
terjadi.. sampaikan en.suami bagitahu tak perlu la beli kat ‘gerai’ yang tu..
Tapi
setakat ni takde la serik ke apa nak membeli kat luar.. Cuma kena hati-hati la
sikit. Kalau ada masa saya buat juga la kuih yang mudah. Macam popia ke, simpan
kat petiais buat stok. Pastu buat la pencuci mulut yang boleh. Janji ada kan..
Kalau
ikutkan saya ni tak la pandai masak pun. Tapi secara automatic bila dah duduk
sekali ni, kita kena ke dapur, buat itu, buat ini, jadi kita akan tahu..
setakat ni tak lagi berbuka kat luar.. teringin juga nak makan kat luar.. tapi
teringin nak berbuka kat pizza.. haha.. bukan kemain taste dia tu.. berbuka kat
pizza kunon.. padahal minum air secawan terus kenyang.. :P
bila laaa agaknya dapat berbuka kat luar berdua ni kan.. :p
Assalamualaikum buat teman setia disini.
alhamdulillah.. selesai semalam berbuka puasa bersama-sama dengan ahli lembaga koperasi buat kali ke-4.
tak tahu la tahun depan saya rasai suasana tu lagi ke tak. bergantung kepada keadaan. majlis berbuka tu mesti diteruskan. cuma dengan kehadiran saya atau tak je. mana la tahu, after maried saya tak duduk ipoh dah. maka berpindah la kita ikut husband kan.
bila orang cakap, 'suruh la bakal suami minta tukar ipoh'. nanti senang nak kerja lagi. cuba fikir, ingat senang ke tentera nak tukar-tukar macam tu. before ni dia pernah minta tukar. tapi tak dapat. saya tak tahu pun. tu pun abang sedara cerita. abang sedara saya rupanya pegawai pada en.tunang. semuanya secara kebetulan.
apa yang boleh saya cakap, saya berserah kat mana pun dia nak kena posting. bila dah ada status sebagai 'wife', saya rela berhenti dan berada disisi dia. then dia pun berharap macam tu. rezeki kerja ada kat mana-mana kan..
semalam berbuka meriah.. tapi sedih.. T___T
sebab saya rasa tahun ni banyak sangat kenangan dengan koperasi ni. makin lama kita kerja, makin kita seronok bila ada majlis-majlis tertentu kan.
macam semalam ada 3 boss tak dapat datang. tapi boss yang lain datang dengan wife & anak-anak. memang meriah. sampai tak cukup tempat di bilik mesyuarat tu. saya undur diri diam-diam. duduk dalam bilik saya. adik saya pun sama. saya bawak adik sebagai peneman.
adik pun tak suka bersesak--sesak.
lagipun saya ni PT je.. takpe.. saya memang suka menyendiri. lagipun saya dah biasa macam tu.. semalam pun saya tak makan sangat. just minum air dengan kurma je. cukup la kan. then nasi dengan lauk saya minta tapau bawak balik sebab banyak balance.
jadi berkongsi la kat rumah dengan mak abah. saya dah terbiasa macam tu. walaupun skit, kalau boleh bawak balik bagi mak abh rasa, saya akan bawak kan.
disebabkan bilik mesyuarat dah penuh, takde ruang nak menyelit, maka tak dapat la saya nak curi-curi ambik gambar. sobbsss..
sempat ambik gambar para jemaah lelaki bersolat maghrib je.. jadilah kan. sekurang-kurangnya bila kita tengok gambar ni, kita akan ingat suasananya.. :')
nota cinta : setiap apa yang terjadi, mesti akan tercipta sebuah kenangan.. :')
maaf ye, saya sangat-sangat kekangan masa nak BW.. so, lambat sikit saya terjah awak-awak nanti.. :)

kalau ikutkan harini dah 6hari berpuasa. berfikir-fikir banyak kali nak update entry makanan boleh ke x. maklumlah, kalau orang datang menyinggah blog ni tak tentu masa. singgah pula tengah time lunch hour, terus lapar nak makan.
tapi setelah berfikir-fikir, letak je la.. saja nak tempek buat kenangan. mana la tahu, tahun depan tak dapat nak berbuka dengan family ke kan..
Makanan : Nasi Ayam, Agar-agar merah, Cucur Sambal (takde dalam gambar)
Minuman : Air Jambu Asam Boi & Air Teh'O'
Wajib Ada : Kurma
Puasa Kedua special sikit. sebab cousin ada. adik pun apa lagi. adalah projek menu dorang.
my cousin. dok bakar ayam. sangat-sangat sedap ayamnya. nanti saya share resepi ye.
dah selesai bajet nak makan burger bakar. bukan saya ye. ni adik la ni. perut dia ada bela jin kot. saya awal-awal cakap tak mampu nak makan. sebab dah berbuka nanti memang takleh nak masuk makanan.
bubuk lambok made by my mum. tiap-tiap tahun mesti mak buat. sangat-sangat sedap.
Makanan : Ayam Percik Bakar, Bengkang Tepung Ubi (kalau tak salah la), Agar-agar merah, Burger Bakar, Bubur Lambok.
Minuman : Teh Ais Asam Boi
Wajib Ada : Kurma
ok lah dulu tayang menu ni eh.. hehe.. konfirm ada yang terliur lebih-lebih. hihihi.. nanti saya share resepi ayam yang sangat-sangat sedap tu tau.. ^_*

Salam Ramadhan buat semua. Selamat berpuasa. Kejap je dah bertemu bulan Ramadhan balik kan. Cuma suasananya je sangat-sangat-sangat berbeza.
Sekarang ni kalau bulan puasa dah tak macam bulan puasa masa kecik kecik dulu. Bangun sahur pun kadang-kadang tak rasa pape je. Nak-nak yang dah selalu bangun awal kan.
Syukur sangat masih berpeluang berpuasa semasa bekerja ni. Tahun depan tak pasti dimana agaknya kedudukan saya ni.
Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang berpuasa ni.
Tahun ni masih berpuasa dengan title tunangan orang.. InsyaAllah tahun depan berpuasa sebagai wife orang.. hehehee..
Selamat berpuasa buat semua kawan-kawan blogger saya.. ^_^
wait-wait.. bulan puasa ni dapat balik awal.. pukul 4 dah boleh kunci pintu.. :p
nota cinta : ntah apa yang di bz kan sangat sampai tak sempat nak terjah blog korang. sabar ye.. ;)

Assalamualaikum teman-teman setia disini.
alhamdulillah.. dah nak berpuasa rupanya kan. tadi tak sempat nak dengar kat tv. ntah macam mana la boleh ralat. terlupa nak tunggu depan tv.
terasa lain macam juga la. last-last cari kat youtube. rasa macam tak puas kalau tak dengar pengumuman ni. hehehe
ok la, dengan ini hari rabu kita start berpuasa. so hari selasa sila siapkan diri ye tido awal supaya senang nak bersahur.
buat semua sahabat-sahabat setia saya disini, selamat menjalani ibadah puasa ye. jika ada salah silap, harap dimaafkan semoga urusan puasa kita diberkati. amin.
buat en.tunang saya yang tersayang, nampak gayanya tahun ni masih lagi sambut puasa di bumi lebanon. so hari selasa mereka semua dah start berpuasa. yup, mereka awal sehari dari kita. dan tempoh mereka berpuasa pun lebih panjang dari kita.
xpe, berpuasa la dulu dinegara orang ye. nikmatilah sepuasnya. nanti dah balik sini, semuanya tinggal kenangan.. :')
nota : tak sabar nak jumpa en.tunang raya nanti.. :')

assalamualaikum..
tetiba je nak update blog!..tapi xde story yang best nak cite..
cite bab semangat nak raya?..langsung xde dalam diri ni..sedih betul!..kalau tahun ni x balik kampung pun macam rela je.. #tetiba nak feeling-feeling sad#..
stop merepek jap..okeh, memandang kan sekarang ni bulan puasa, so, kalau update blog pun pasal makanan je lah..eh, boleh ke camtu?.. x boleh pun, bolehkan juga la eh..sebab blog ni i yang punyaaa..haha!.. #sapalah ajar camni..takpaham#..
harini dah puasa ke 8..jap je kan..sampai nak berbuka apa pun dah tak tahu..
so, harini menu simple-simple je..
>> dadih perisa tembikai susu..kalau x silap la..xrasa pun lagi..adik yang buat..
dadih ye..bukan ddah..jgn salah sebut..bhya..hehehe
>> roti berinti sardin & dibalut dengan kulit popiah..nama sebenar tak tahu..main buat je.. sebab teringat masa kecik dulu pernah makan, kkak sedara buat..yang tu i yang buat..hehe
>> atas tu cekodok pisang..fav. i tu..hehe.. #tu pun nak tayang dalam blog# haha
mak yang buat..hehe
>> bubur lambuk..abah bawak balik dari tempat kerja..maybe ada gotong royong kut buat bubur lambuk tu..
>> air 2 jenis ni wajib ada tuk berbuka..air teh & air anggur..tetiba air teh ni kelainan sikit sebab perisa buah peach..
okey..sekian untuk pemberitahuan menu berbuka harini..hikhikhik..

tetiba je malam ni nak update pasal menu buka puasa..alahai, dah 4hari puasa, baru sibuk-sibuk nak tayang berbuka apa kan..hUhU..
xyah terliur-terliur key..lagipun dah berbuka kan maghrib tadi..hihi!..
ni menu berbuka untuk hari first puasa =)
>> sOtO ayam
>> pisang goreng
>> nasi impit
>> daging masak hitam
>> kurma
>> air teh 'O' & air anggur
punya la banyak kan..yang makan 5 orang je..sebab adk sorang lagi ada kat Adtec Melaka..
ha, yang ni menu berbuka hari ke-2 pula..
>> mee gOreng
>> apam balik tapi x menjadi..
>> air anggur
ha, simple aje kan..sebabnya xtahu berbuka nak makan apa..
ha, ni menu berbuka hari ketiga pula..menu ni best sikit..sebab..
>> nasi ayam
>> nugget ayam
>> cekodok pisang..
>> kurma
>> air anggur
ha, tuk menu berbuka harini simple je..
>> bubuk lambok..yang ni buat sendiri punya okeh..
>> kurma
>> kuih ketayap..malas ni ambik pic..hUhU
>> air cincau..
korang mesti berbuka makan best-bestkan..hehe..

eh..harini dah puasa dah kan..kejapnya masa tu berjalan..kejap je dah setahun berlalu ramadhan yang lepas..kejap je kan!..macam tak percaya je..
#baiklah.sila percaya, ok..#
ok la..xnak sembang panjang-panjang bagaikan bertazkirah subuh, sy just nak ucapkan Selamat Menajalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam..
Harap-harap tahun ni dapat la lebih sikit pahala puasa tu kan..insyaAllah.. =)

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons